//THE HEARABOUTS
Sweet Touch

Short n Sweet

notes : sorry even you are folowing me , it cannot be seen . IDK why ? Im recently repairing on that :'/



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peep! Be nice here bae :D


Instagramer ^^




Twittering ^^




Facebooking ^^

Maizatul Raziqin Hairuddin

Create Your Badge



Followers ^^






Walkie Talkie ^^









Memories

  • I'm officially graduated , Diploma Bangunan
  • Diploma Bangunan (UiTM Perak) - Semester 2
  • Diploma Bangunan (UiTM Perak) - Semester 1





  • Big Thanks

    Basecode: Nurul AtiQah
    Template by: Nida Javadd Malik
    Re-Edited By: Maizatul Hairuddin


    I'm officially graduated , Diploma Bangunan


    ASSALAMUALAIKUM . 

    Sukacita nak maklumkan im officially graduate with Diploma in Building. Sekejap je aku rasa 3 tahun penat lelah belajar course ni . for those junior yang ada buat research pasal course ni , sorry sis mmg jarang jarang dah singgah blog. if u guys have any inquiries/thought/problem/question about these course . Email me HERE . Im gladly would like to attract you so u could be in my tribe :)

    For those yg menunggu i update for following semester in Diploma Bangunan. Im so sorry cause i decided to stop updating on that. But still , if u DM me or Email me, insyaAllah i could give u my softcopy notes/past years question that i have for u guys. 



    Love , 
    Maizatul

    Diploma Bangunan (UiTM Perak) - Semester 2

    ASSALAMUALAIKUM ~
    Hi .!  Actually gentle aku rasa malu gila nak menulis sebab aku rasa aku antara blogger yg gatal nak menaip , tapi malas nak update . Sorry pada yg menunggu update seterusnya . Aku rasa bersalah nak sampaikan yg aku rasa next update mungkin akan uppdate yg simple+short details pasal course ni . maklumlah , nak smbung balik cerita pasal sem 2 , tapi sekarang dah sem 5 . kau rasa ? yes i know memang salah aku pun . atleast aku masih ada niat nak share kan  ? 
    Okey so far , sem satu memang lah yang paling senang orang ckp . sebab course tu ada subjek universiti macam brlajar english + agama islam + koko . so , memang senang nak score and mmg senang untuk korang naikkan pointer tu . subjek universiti mmg stick dengan korang smpai korang sem 3 . so atleast korang boleh lah perform 3.00 pointer and above kan . please lah jangan anggap , subjek ni dah pernah belajar dr sekolah menengah , so korang ignore mcm tu je , NO WAY ! even masa aku daftar subjek ni , still ada repeaters kat class aku tu . so taknak lah korang bazir masa untuk subjek mcm ni . So kita skip lah pasal subjek ni k . anggaplah subjek ni wajib lekat smpai sem 3 dengan korang k !
    ** Structure Analysis ** 
    Subjek ni tough jugak lah . yg takde basic addmath/physics masa sekolah menengah tu mintak tolong gandakan usaha lah . tapi u guys boleh je buat kalau faham konsep dia . subjek ni lebih kurang masa sem satu , cuma lebih sikit lah rumus nak hafal , solve working untuk satu soalan pakai minima 4page . kalau salah dari atas , mmg goodbye lah dik . 
    :') Sem 2 banyak cerita pasal shear stress , bending moment , retaining wall , bla bla bla. aku ingat balik pun rasa nak muntah :') tapi kalau korang okey , faham konsep , buat tutor insyaAllah A :)



    **Construction Material I ** 
    Subjek ni pada aku macam rileks gila . sebab banyak amali , masuk makmal tanah . bancuh simen , buat konkrit , slump test , compacting test , test cube . actually untuk sem satu , akan belajar more tu basic method untuk concreting . sbb before concrete tu , nak make sure yg concrete kita pakai tu selamat dan sepadan strength dia dengan gred dia . Serious aku rasa rileks kelas ni . tapi disamping tu , adalah belajar sikit cara pembuatan brick , block , mortar an so on . kira dia belajar how they produce the materials lah . 



    **Building Construction  II**
    Benda yang sama korang belajar macam sem 1 , tapi untuk sem dua lebih sarat dengan drawing . kalau sem satu lebih kepada teori , tapi sem dua korang bnyak kene lukis diagram + teori . bnyak element dalam bngunan yg korang akan belajar such as tingkap , pintu , tangga , wall , roofing . bukan benda simple okey nak belajar , conthnyaa wall ada jenis dia , load bearing wall , non-load bearing wall . semua element ada jenis masing-masing . tak sah lah kalau dah naik sem , tapi pembelajaran tak advanced kan ? Bengkel pulak korang belajar buat arch . Untuk studio korang akan create 1 group with 5-6 people , and built company name . Kira time ni , time korang nak berangan lah siapa project manager . setiap orang akan buat drawing masing masing . dengan tujuan untuk propose drawing tu pada lecturer . dia tak suka , dia reject lah apa lagi . 
    **Site Surveying II**
    Mostly benda ni lebih kurang sama mcm sem satu , tapi lebih advanced lah . belajar install equipment pun lebih terer, equipment bukan biasa biasa. korang akan belajar nak buat theodolite , pakai prismatic compass etc. nak sebut bnyak pun dah tak ingat. masa aku dulu sempat ada survey camp . 4 hari berturut turut turun padang buat benda alah ni , mau hitam legam kulit aku . lepastu aku dapat tau yg 2 batch selepas aku , survey camp ni dah dimansuhkan . -.-' aku rasa macam korang ni untung gila kot -.-' sbb benda tu actually mudah , tapi bila ada reading tak telly , benda tu kene buat bnyak kali . reading nak first class . so kene pastikan mmasa install equipment tu , make sure tolerance equipment tu okey lah . 
     

    Diploma Bangunan (UiTM Perak) - Semester 1



    Assalamualaikum 

    Setelah lama menghilangkan diri , hari ni aku gagahkan jari jemari
    menaip blog . Ramai dah mintak bagi tips for course Diploma in Building ni.
    Since aku masih student lagi aku rasa much better aku tulis sekarang 
    berbanding aku tulis bila dah grad nanti . Bukan apa , bila dah grad nanti belum
    tentu aku masih ingat course outline aku lagi time tu . Sebelum umur ni dah makan 
    daya ingatan aku baik aku post satu satu . Kan lagi baik . So setiap habis satu sem 
    aku update pasal satu sem . Kan lebih detail . So newbie boleh prepare awal awal 
    depa punya mental and fizikal . 💪

    Kebanyakkan soalan aku terima :

    Q : Diploma in Building ni actually belajar pasal apa ?
    A : Korang belajar semua . Apa yg budak arkitek/landscape/estate management
          /quantity survey/building survey/interior design/town planning belajar , kau
          pun akan belajar . cuma basic . Tapi boleh dikatakan susah lah nak
          dibandingkan diorang . 

    Q : Dah grad nanti boleh keje apa ?
    A : Kontraktor - mostly lelaki lah . Perempuan biasanya keje dalam ofis . Tapi
          InsyaAllah senang nak cari keje ni tapi dalam sektor swasta . Kalau ada
          diploma boleh jadi Site Supervisor . Then kalau sambung degree boleh jadi
          Project Manager . 

    Q : Memang UiTM Perak je ke yang ada course ni ?
    A : Ya ! Sangat tepat . UiTM Perak , Cawangan Sri Iskandar sahaja yang ada
          menawarkan course ni . 

    Q : Budak yang bukan dari aliran sains tulen pun boleh dapat course ni ke ? 
    A : Uolls budak seni ke geografi ke , pun boleh dapat . Tapi kalau dah dpt , sila
          gandakan usaha anda . Bukan nak menakutkan tapi realiti . 


     Semester 1

    DBG114 - Building Construction I (Core Subject) 

    KULIAH 
    Untuk subjek ni tolonglah korang struggle betul betul . Kalau dapat A  .  Confirm
    dapat (3.00 pointer n above ). Untuk subjek ni je lah . Masa part 1 ni , subject ni
    tumpu pada basic .Macam mana nak setting out , mulakan pembinaan bngunan .
    Jenis jenis machine yang dia pakai . Atuk nenek segala bajak tu semua kene tau .
    Apa yang ada kat tapak pembinaan . Don't worry , kalau kau baca nota confirm
    boleh jawab . 

    STUDIO
    Subjek ni agak berat jugak sebab bukan ada kuliah je . Studio n bengkel pun ado .
    Tu pasal lah CORE subjek . Sebab baru part 1 . mula mula simple je . Macam kita
    dulu masa kecik kecik belajar ''aliff baa taa'' dulu . So , mula dia ajar korang mcm
    mana nak buat semua features (tangga , furnitures , tiles , etc) dalam bngunan ikut
    standard skala . n lepas midsem sem satu dia ajar korang pakai technical pen .
    Jangan risau mana nak dpt alatan studio ni semua sebab kat Bandar U ada banyak
    kedai khusus untuk barang barang studio . 

    BENGKEL 
    Korang ni BUILDERS to be . So semua benda kat tapak pembinaan semua kene
    tau . Macam lect aku ckp , "kalau korang tak belajar pandai , nanti kau keje ,
    orang bangla / endon bodohkan kau " . Kat bengkel ni korang belajar macam mana
    nak bancuh simen . Uji kekuatan simen . 

     DBG123 - Site Surveying I 

    KULIAH + Field Work (Core Subject)
    Subjek ni belajar pasal kat site . Mcm mana nak conduct task . Nak ukur ketinggian
    struktur tanah . Guna alatan macam budak geologi pakai tu , nak kira bearing station.
    Buat leveling . Untuk subjek ni mintaklah korang study betul betul (walaupun lect
    korang hanya baca balik slide kat depan). Fahamkan . Setiap field work yang korang
    buat akan ada report . Dan reporttu akan take part dalam korang punya carry mark
    nanti . 

     DBG132 - Structure Mechanics 

    Course ni ada campuran ADDMATH + FIZIK . tapi lecturer kata addmath dan fiziknya
    yang mudah punya . (boo tipu tipu ) . Anyone yang bukan dari course Sains Tulen
    masa SPM dulu gandakan usaha anda . Tapi tak semestinya korang tak boleh nak
    catch up benda benda ni . subjek ni nnti belajar pasal kiraan beban dalam bngunan .
    Kalaukita nak bina rumah , bumbung rumah tu tak boleh nak suka suki hati je . Kene
    considerkiraan beban / kestabilan dia and so on . So nanti kene kira bumbung yang
    mcm mana sesuai untuk digunakan . Nanti belajar jugak pasal moment of inertia .
    Subject ni boleh dijadikan "killer subject" jugaklah . 😥Tapi Alhamdulillah aku
    lulus masa part 1.

     DBG142 - Information Technology & Communication Skills 

    Subject ni tak core pun . Pada aku subjek ni senang sangat nak score . sebab final
    takkan ada paper untuk subjek ni . Korang akan masuk lab computer . Belajar guna
    software . Belajar pakai Microsoft Word/Excel/PowerPoint/Project and so on . Tapi
    subjek ni , lect akan uji korang punya soft skill jugak . Dia nak tengok presentation
    korang . Dalam satu sem dalam dua tiga kali jugaklah ada presentation untuk subjek ni . 

     ELC121 - Integrated Language Skill I 

    Subjek English lah senang cerita . Tapi untuk part one ni korang akan belajar
    listening dulu ? Why listening ? Okay guys , belajar subjek english ni nanti sampai
     semester 3 tau ( just before korang amik MUET ) . So dari part one korang akan
    diasah one by one aspek . (listening→reading →writing→speaking ). So rasanya
    untuk part one mudah sikit korang nak score A . Lupa nak cakap , carry mark untuk
    subjek ni ada roleplay , LIRA and so on . 


     CTU101 - Fundamental of Islam . 

    Subjek Agama . Sangat senang nak score (jika nak dibandingkan dengan semester
    lain) . Grab the chance . Sebab kebanyakkan nya kalau korang tak baca still korang
    boleh baca . Sebab korang kene fikir . Pandailah korang imagine macam mana .
    Subjek ni nanti ada test ,hafazan dan bacaan ayat Al-Quran . Aku bagi hints lah .
    Surah Yaasin je . 😉

     HBU111 - National Kesatria 

    NI actually subjek kokurikulum . Apa yang koko ni buat ? 95% adalah kawad .
    5% lagi belajar ikhtiar dalam hutan , membina pangakalan . yang lain semua kawad .
    Masuk koko ni memang penat . sumpah penat . tapi aku pilih kesat ni sebab satu-
    satunya koko yang boleh tukar after 1 semester. Yang lain (bulan sabit merah ,
    bomba, jpam , kembara ) kene stick sampai semester ketiga . Kirim salam jelah aku
    nak tunggu lama - lama . Subjek ni biasanya ,jurulatih kesatria negara tu akan sedaya
    upaya bg korang A+ (biasanyalah) . Nak A senang je .Kawad kene nice . 👍


    Anything jika ada persoalan atau apa apa cadangan , 
    jangan segan jangan malu silalah comment 😀