//THE HEARABOUTS
Sweet Touch

Short n Sweet

notes : sorry even you are folowing me , it cannot be seen . IDK why ? Im recently repairing on that :'/



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peep! Be nice here bae :D


Instagramer ^^




Twittering ^^




Facebooking ^^

Maizatul Raziqin Hairuddin

Create Your Badge



Followers ^^






Walkie Talkie ^^









Memories






Big Thanks

Basecode: Nurul AtiQah
Template by: Nida Javadd Malik
Re-Edited By: Maizatul Hairuddin


Diploma Bangunan (UiTM Perak) - Semester 1



Assalamualaikum 

Setelah lama menghilangkan diri , hari ni aku gagahkan jari jemari
menaip blog . Ramai dah mintak bagi tips for course Diploma in Building ni.
Since aku masih student lagi aku rasa much better aku tulis sekarang 
berbanding aku tulis bila dah grad nanti . Bukan apa , bila dah grad nanti belum
tentu aku masih ingat course outline aku lagi time tu . Sebelum umur ni dah makan 
daya ingatan aku baik aku post satu satu . Kan lagi baik . So setiap habis satu sem 
aku update pasal satu sem . Kan lebih detail . So newbie boleh prepare awal awal 
depa punya mental and fizikal . 💪

Kebanyakkan soalan aku terima :

Q : Diploma in Building ni actually belajar pasal apa ?
A : Korang belajar semua . Apa yg budak arkitek/landscape/estate management
      /quantity survey/building survey/interior design/town planning belajar , kau
      pun akan belajar . cuma basic . Tapi boleh dikatakan susah lah nak
      dibandingkan diorang . 

Q : Dah grad nanti boleh keje apa ?
A : Kontraktor - mostly lelaki lah . Perempuan biasanya keje dalam ofis . Tapi
      InsyaAllah senang nak cari keje ni tapi dalam sektor swasta . Kalau ada
      diploma boleh jadi Site Supervisor . Then kalau sambung degree boleh jadi
      Project Manager . 

Q : Memang UiTM Perak je ke yang ada course ni ?
A : Ya ! Sangat tepat . UiTM Perak , Cawangan Sri Iskandar sahaja yang ada
      menawarkan course ni . 

Q : Budak yang bukan dari aliran sains tulen pun boleh dapat course ni ke ? 
A : Uolls budak seni ke geografi ke , pun boleh dapat . Tapi kalau dah dpt , sila
      gandakan usaha anda . Bukan nak menakutkan tapi realiti . 


 Semester 1

DBG114 - Building Construction I (Core Subject) 

KULIAH 
Untuk subjek ni tolonglah korang struggle betul betul . Kalau dapat A  .  Confirm
dapat (3.00 pointer n above ). Untuk subjek ni je lah . Masa part 1 ni , subject ni
tumpu pada basic .Macam mana nak setting out , mulakan pembinaan bngunan .
Jenis jenis machine yang dia pakai . Atuk nenek segala bajak tu semua kene tau .
Apa yang ada kat tapak pembinaan . Don't worry , kalau kau baca nota confirm
boleh jawab . 

STUDIO
Subjek ni agak berat jugak sebab bukan ada kuliah je . Studio n bengkel pun ado .
Tu pasal lah CORE subjek . Sebab baru part 1 . mula mula simple je . Macam kita
dulu masa kecik kecik belajar ''aliff baa taa'' dulu . So , mula dia ajar korang mcm
mana nak buat semua features (tangga , furnitures , tiles , etc) dalam bngunan ikut
standard skala . n lepas midsem sem satu dia ajar korang pakai technical pen .
Jangan risau mana nak dpt alatan studio ni semua sebab kat Bandar U ada banyak
kedai khusus untuk barang barang studio . 

BENGKEL 
Korang ni BUILDERS to be . So semua benda kat tapak pembinaan semua kene
tau . Macam lect aku ckp , "kalau korang tak belajar pandai , nanti kau keje ,
orang bangla / endon bodohkan kau " . Kat bengkel ni korang belajar macam mana
nak bancuh simen . Uji kekuatan simen . 

 DBG123 - Site Surveying I 

KULIAH + Field Work (Core Subject)
Subjek ni belajar pasal kat site . Mcm mana nak conduct task . Nak ukur ketinggian
struktur tanah . Guna alatan macam budak geologi pakai tu , nak kira bearing station.
Buat leveling . Untuk subjek ni mintaklah korang study betul betul (walaupun lect
korang hanya baca balik slide kat depan). Fahamkan . Setiap field work yang korang
buat akan ada report . Dan reporttu akan take part dalam korang punya carry mark
nanti . 

 DBG132 - Structure Mechanics 

Course ni ada campuran ADDMATH + FIZIK . tapi lecturer kata addmath dan fiziknya
yang mudah punya . (boo tipu tipu ) . Anyone yang bukan dari course Sains Tulen
masa SPM dulu gandakan usaha anda . Tapi tak semestinya korang tak boleh nak
catch up benda benda ni . subjek ni nnti belajar pasal kiraan beban dalam bngunan .
Kalaukita nak bina rumah , bumbung rumah tu tak boleh nak suka suki hati je . Kene
considerkiraan beban / kestabilan dia and so on . So nanti kene kira bumbung yang
mcm mana sesuai untuk digunakan . Nanti belajar jugak pasal moment of inertia .
Subject ni boleh dijadikan "killer subject" jugaklah . 😥Tapi Alhamdulillah aku
lulus masa part 1.

 DBG142 - Information Technology & Communication Skills 

Subject ni tak core pun . Pada aku subjek ni senang sangat nak score . sebab final
takkan ada paper untuk subjek ni . Korang akan masuk lab computer . Belajar guna
software . Belajar pakai Microsoft Word/Excel/PowerPoint/Project and so on . Tapi
subjek ni , lect akan uji korang punya soft skill jugak . Dia nak tengok presentation
korang . Dalam satu sem dalam dua tiga kali jugaklah ada presentation untuk subjek ni . 

 ELC121 - Integrated Language Skill I 

Subjek English lah senang cerita . Tapi untuk part one ni korang akan belajar
listening dulu ? Why listening ? Okay guys , belajar subjek english ni nanti sampai
 semester 3 tau ( just before korang amik MUET ) . So dari part one korang akan
diasah one by one aspek . (listening→reading →writing→speaking ). So rasanya
untuk part one mudah sikit korang nak score A . Lupa nak cakap , carry mark untuk
subjek ni ada roleplay , LIRA and so on . 


 CTU101 - Fundamental of Islam . 

Subjek Agama . Sangat senang nak score (jika nak dibandingkan dengan semester
lain) . Grab the chance . Sebab kebanyakkan nya kalau korang tak baca still korang
boleh baca . Sebab korang kene fikir . Pandailah korang imagine macam mana .
Subjek ni nanti ada test ,hafazan dan bacaan ayat Al-Quran . Aku bagi hints lah .
Surah Yaasin je . 😉

 HBU111 - National Kesatria 

NI actually subjek kokurikulum . Apa yang koko ni buat ? 95% adalah kawad .
5% lagi belajar ikhtiar dalam hutan , membina pangakalan . yang lain semua kawad .
Masuk koko ni memang penat . sumpah penat . tapi aku pilih kesat ni sebab satu-
satunya koko yang boleh tukar after 1 semester. Yang lain (bulan sabit merah ,
bomba, jpam , kembara ) kene stick sampai semester ketiga . Kirim salam jelah aku
nak tunggu lama - lama . Subjek ni biasanya ,jurulatih kesatria negara tu akan sedaya
upaya bg korang A+ (biasanyalah) . Nak A senang je .Kawad kene nice . 👍


Anything jika ada persoalan atau apa apa cadangan , 
jangan segan jangan malu silalah comment 😀